Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
‘Allah Tarik Nikmat Aku Sekejap, Aku Dah Macam Seekor Kucing Lapar Meminta Ehsan Orang, Puncanya Aku..’
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Berkongsi pengalamannya sendiri baru-baru ini, Zoul Bucker, sendiri tidak menyangka Allah akan menarik nikmatnya hanya kerana tidak mengendahkan permintaan rakannya yang meminta bantuan membeli nasi untuk kucing.
Akibatnya, dia tersadai di hentian Rehat dan Rawat (RNR) selama beberapa hari selepas menyedari dompetnya hilang. Cuba berusaha meminta bantuan, namun segalanya gagal sehinggalah dia mula teringat kembali apa yang telah dia lakukan.
Pengajaran yang Allah tunjukkan cash. Pagi tadi sarapan, kerani aku kirim beli nasi untuk kucing. Tapi aku terlupa dan buat tak endah. Alaa, kucing je kot? Lapar agaknya kucing itu.
Di sebelah petangnya pula, aku pergi Melaka. Dalam perjalanan di lebuhraya, singgah di hentian Rehat dan Rawat (RnR) sebab perut lapar. Jarum meter minyak dah menghampiri garis kuning dan kad Touch n Go kena top up.
Bila sampai di RnR, wallet aku hilang! Jadi aku pun tersadai di RnR ini. Nak patah balik, minyak kereta tak cukup. Nak keluar tol, Touch n Go tak cukup. Nak makan, beli mineral water pun tak mampu, duit tak cukup.
Kau bayangkan, aku terperangkap di sini dan tak boleh buat apa-apa. Kad bank tak ada, duit tak ada, kad kredit tak ada, minyak kereta tak ada, semuanya tak ada secara serentak beb! Aku call kerani di office, wallet aku tak ada. Call isteri di rumah, wallet aku tak ada. Lagi stress, wallet tercicir, habis jahanam!
Aku call minta bantuan budak-budak office, diorang boleh sampai dalam masa tiga jam. Yelah, di lebuhraya jauh beb. Kau rasa pitam tak nak tunggu tiga jam dengan tak makan?
Allah tarik nikmat aku sekejap. Dia beri aku lapar 4-5 jam. Aku cuma mampu tengok orang makan minum. Aku dah macam seekor kucing yang lapar meminta ehsan orang. Ya Allah, azabnya. Menggigil aku kelaparan. Nak beli air pun tak mampu.
Kemudian aku duduk di surau dan berdoa meminta Allah jumpakan balik wallet aku. Setengah jam selepas solat, akak kantin call aku kata wallet aku tercicir di kantin. Ya Allah, lagi satu petunjuk. Cuba kalau aku tak solat tadi, tak berdoa, memang tak jumpa wallet aku. Tiba-tiba kan?
Hikmah yang aku dapat hari ini, banyak.
1. Orang pernah kata, beri kucing makan itu murahkan rezeki kita dan hari ini aku dah terkena. Aku tak beli makanan kucing, tuhan tarik nikmat aku sekejap. Rasakan lapar macam mana kucing itu lapar.
2. Sesusah mana pun kita, jangan lupa solat dan berdoa kepadaNya meminta dipermudahkan urusan. Ya Allah, sekelip mata Dia bantu aku. Terus jumpa wallet aku selepas solat. Sebelum solat, tak jumpa.
3. Jangan kedekut, banyakkan bersedekah. Ingat orang susah yang tak makan. Aku baru 3-4 jam tak makan, macam nak mati.
Ya Allah, besar dugaan aku kali ini. Semoga aku mendapat hikmahnya.
Sumber: Zoul Bucker
Bersedekahlah. Nescaya rezekimu akan datang dari sumber yang tidak disangka-sangka.
Via The Reporter
.