Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Di dalam al-Quran terdapat 4 ayat yang menjelaskan daging babi (khinzir) itu haram iatu Allah SWT jelas telah MENGHARAMKANNYA BABI
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
1. QS. Al Baqarah (2) : 173
2. QS. Al Maa’idah (5) : 3
3. QS. Al An `Aam (6) : 145
4. QS. An Nahl (16) : 115,
Firman Allah SWT maksudnya ,”Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai, darah, daging khinzir , dan (haiwan) yang disembelih dengan (menyebut nama) selain Allah..”.
(Surah an-Nahl (16) ayat 115)
Sebagai seorang muslim yang beriman kepada Allah, Rasul-Nya dan rukun Iman yang lain dan beriman dengan ayat-ayat Allah SWT sudah cukup kita meyakini tanpa soal bahawa apa yang diharamkan Allah SWT itu adalah hukum muktamat dan tidak boleh di pertikaikan. Pasti ada hikmah dan kebaikannya. Dahulu sahabat-sahabat Rasulullah SAW tidak mengetahui bahawa daging khinzir mengandungi cacing atau bakteria yang merbahaya sebagaimana kita tahu sekarang ini hasil kajian para saintis mereka berkata “kami dengar dan kami patuh”. Mereka tak tanya pada Nabi SAW kenapa daging khinzir itu tak boleh dimakan? Semua yang di haramkan oleh Allah SWT seperti zina, arak, rasuah, riba, membuka aurat, dilarang berdua-duaan sebelum berkahwin di antara lelaki dan wanita maka semuanya ada kebaikannya jika dikaji satu persatu akan bertemu segala kebaikannya dan mengandungi hikmah yang besar.
Islam telah melarang segala jenis darah, analisis kimia dari darah babi menunjukkan adanya kandungan yang tinggi dari uric acid (asam urat), suatu adunan kimia yang berbahaya bagi kesIhatan manusia, bersifat racun. Dengan kata lain uric acid sampah dalam darah yang terbentuk akibat metabolisme tubuh yang tidak sempurna yang diakibatkan oleh kandungan purine dalam makanan. Dalam tubuh manusia, senyawa ini dikeluarkan sebagai kotoran, dan 98% dari uric acid dalam tubuh, dikeluarkan dari dalam darah oleh ginjal.
Dalam Islam dikenal peraturan khusus dalam penyembelihan haiwan, iaitu menyebut nama Allah Yang Maha Kuasa dan membuat irisan memotong urat nadi leher haiwan, tindakan membiarkan urat-urat dan organ organ lainnya utuh. Dengan cara ini menyebabkan kematian haiwan kerana kehabisan darah dari tubuh, bukannya kerana cedera pada organ asasnya, sebab jika organ-organ misalnya jantung, hati, atau otak dirosak, haiwan tersebut mati dengan segera dan darahnya akan menggumpal dalam urat-uratnya dan akhirnya mencemari daging, mengakibatkan daging haiwan akan tercemar oleh uric acid, sehingga menjadikannya beracun, dan pada masa-masa kinilah para ahli makanan telah menyadari akan perkara ini, subhanallah.
Apakah kita tahu kalau babi tidak dapat disembelih di leher? Kerana babi tidak memiliki leher? Bagi orang muslim beranggapan kalau babi memang boleh dimakan dan layak bagi makanan manusia, tentu Allah SWT akan mencipta haiwan ini dengan memiliki leher. Ilmu kedoktoran mengetahui bahawa babi sebagai rerumah dari banyak macam parasit dan penyakit berbahaya, sistem biochemistry babi mengeluarkan hanya 2% dari seluruh kandungan uric acidnya, sedangkan 98% sisanya tersimpan dalam tubuhnya.