“NURKHIRIAH DAH TAK TANGGUNG DOSA, BAHAGIAN DIA SUDAH SELESAI” – USTAZ SAFWAN

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

“Nurkhiriah Dah Tak Tanggung Dosa, Bahagian Dia Sudah Selesai” – Ustaz Safwan

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Seseorang pelakon yang sudah bertaubat tidak menanggung dosanya kerana mendedahkan aurat ketika berlakon dalam drama yang diulang siar oleh stesen televisyen.

Penceramah bebas, Ustaz Mohd Safwan Syafiq berkata, ia adalah tanggungjawab stesen televisyen yang sepatutnya menghormati keputusan mana-mana pelakon untuk tidak menyiarkan semula drama lama mereka.

“Bahagian pelakon itu sudah selesai selepas dia bertaubat. Dosa dia tidak menutup aurat yang disiarkan semula dalam drama lakonannya tidak pergi semula kepadanya.“Bukan dia yang minta cerita itu dikeluarkan, malah menyesal dengan perbuatan dilakukan,” ujarnya pada Jumaat.

Ustaz Safwan

Safwan diminta mengulas tentang tindakan pelakon Norkhiriah yang kesal apabila drama lakonannya ketika tidak berhijab disiarkan semula.

Dalam kenyataan kepada mStar Online pada Jumaat, Norkhiriah berkata, dia takut untuk menanggung dosa apabila auratnya dalam drama tersebut menjadi tontonan.

Dalam pada itu, Safwan mengingatkan agar, mana-mana pelakon yang sudah menutup aurat tidak perlu mempromosi dan menggalakkan penonton untuk melihat semula lakonan ketika tidak menutup aurat itu.

“Perkara itu sudah lepas dan tiada dosa, namun begitu dia tidak boleh mempromosi dan galakkan orang untuk menonton semula drama itu,” ujarnya.

 

Sumber: mStar

.

WAHH….Tahniah. Shahir AF Hantar Rombongan Meminang Erra…Tarikh Kahwin Mereka Telah Pun di Tetapkan…Cantiknya Erra Semasa Shahir Datang Meminang..Lihat 5 Foto di Majlis Tersebut…Secocok..

sedondon berbaju hijau ke majlis berbuka puasa Semurni Kasih Ramadan yang dianjurkan kosmetik Triple White, semalam.

Menerusi foto-foto yang dikongsikan laman Instagram (IG) Triple White, pasangan ini manis duduk bersebelahan di meja yang sama.

Erra Fazira sebagai duta kepada produk tersebut telah meraikan anak-anak yatim yang dijemput hadir.

Shahir yang hadir juga dilihat turut menghiburkan kanak-kanak tersebut dengan persembahan nyanyian.

Pasangan ini juga dilihat telah memberikan sumbangan kepada tetamu istimewa mereka.

Turut hadir ke majlis tersebut adalah penyanyi Siti Nordiana.

Berikut merupakan foto-foto sepanjang majlis tersebut:

.

“Anak Saya Nafas Laju Ke Ni? Nak Pergi Mana? Hospital Ke Klinik?”, Panik Anak Sesak Nafas, Kenal Pasti Tanda Amaran Dan Bertindak Segera

Gambar Hiasan

Ketika bernafas, sistem pernafasan akan menyalurkan oksigen ke dalam darah untuk disalurkan ke seluruh bahagian tubuh.  Oleh sebab itu, sesak nafas tidak boleh diambil mudah terutama kepada kanak-kanak.  Ada beberapa kes yang menjadikan sesak nafas ini sebagai salah satu tanda anak anda mungkin mengalami penyakit tertentu yang memerlukan rawatan segera.

Tanda-tanda sesak nafas pada anak kecil anda diantaranya adalah lubang hidung terbuka besar ketika bernafas, kulit diantara tulang rusuk dan leher seperti tertarik dan kedengaran bunyi yang agak kuat ketika mereka menarik nafas.  Selain itu, sesak nafas juga sering datang dengan pernafasan yang terlalu cepat.

Seperti kes yang diuruskan oleh Klinik Kesihatan Meru ini seharusnya diberi perhatian yang serius terutama sekali kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecil.  Ramai ibu bapa yang masih tidak jelas akan masalah ini, jadi menerusi Facebook milik Klinik Kesihatan Meru, Klang, mereka telah kongsikan beberapa cara untuk mengetahui kadar pernafasan normal anak anda dan faktor berlakunya masalah ini.

Anak saya nafas laju ker ni? Nak pergi mana ni? Kecemasan kat hospital ker atau klinik kesihatan dulu?


Kami dapati masih lagi ramai yang tak berapa clear berkenaan konsep ini.

Baru baru ini, kami terima seorang ibu yang membawa anaknya yang berumur 1 tahun lebih dalam keadaan lembik, hampir2 tak sedarkan diri pada pukul 10pagi. Padahal anak tu dah semput sejak pukul 4 pagi lagi!

Dalam masa nak revive adik tu, terpikir la dalam hati; Kenapa ibu ini menunggu jugak untuk klinik kesihatan buka, baru dapat bantuan kecemasan kat sini?!?! Sepatutnya dah terus pergi ke hospital pukul 4 pagi tu.

Case tu clear cut sikit. Confirm terus ke hospital. Akan tetapi kadang kala, ada keadaan yang ibu bapa tak berapa pasti. Harap2 post ini dapat terangkan sikit macam mana nak kenal pasti tanda tanda amaran.

Jika anak anda mempunyai tanda2 sesak nafas ini, anda boleh terus ke kecemasan untuk mendapatkan rawatan SEGERA.

Nafas laju

Macam mana nak tahu ni laju ke tak?

Kadar pernafasan melebihi normal

Apa yang normal? Kadar normal ikut umur pesakit tu.

NORMAL

  • < 2 bulan : <60/MINIT
  • 2 bulan hingga 1 tahun: <50/MINIT
  • 1 tahun hingga 5tahun: <40/MINIT
Gambar Hiasan

Recessions

Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulung rusuk. Jika nampak ototnya timbul tenggelam macam di video yang kami share, itu petanda amaran respiratory distress.

Nasal flaring

Tanda ini boleh dilihat kebanyakkannya pada bayi yang sesak nafas.

Pernafasan biasa adalah sangat lembut, relaks, dan tidak nampak macam menggunakan banyak tenaga.

Kalau anak anda mempunyai salah satu pun tanda seperti di atas, anak anda kemungkinan menghidapi kesesakan nafas dan perlu diperiksa oleh doktor secara segera.

Kalau anak menghidapi asma, tanda tanda seperti di atas bermakna anak anda perlu guna inhaler (ventolin) segera, dan kalau tidak lega selepas 3 kali guna, anda boleh ke klinik kesihatan berdekatan dahulu untuk mengambil nebulizer. Akan tetapi, kalau luar ‘office hours’, anda boleh ke kecemasan terus.

Penyakit yang boleh menyebabkan ‘respiratory distress’ pada kanak2

  • Pneumonia
  • Bronchiolitis
  • Asthma
  • Croup

Sumber : SiakapKeli

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *