‘DUIT TINGGAL RM50, TAPI ISTERI AJAK MAKAN SIAKAP DAN AKU IKUTKAN JE’ – APA YANG TERJADI SELEPAS ITU BUAT LELAKI INI PERCAYA ISTERINYA PEMBAWA REZEKI

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

‘Duit tinggal RM50, tapi isteri ajak makan siakap dan aku ikutkan je’ – Apa yang terjadi selepas itu buat lelaki ini percaya isterinya pembawa rezeki

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga. Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.

Seperti yang diceritakan oleh Jimmy Johari. Di kala perniagaannya ‘down’, isterinya ajak makan di sana sini (isteri beliau kuat makan). Diikutkan juga kehendak isteri tanpa menolak kerana tidak mahu melihat isterinya bermasam muka. Balasannya? Alhamdulillah. Semoga bermanfaat kepada semua.

KAU pernah dengar tak yang isteri itu pembawa rezeki? Pernah rasa tak? Memanglah tak pernah kalau kau belum kahwin lagi. Kahwin dulu, baru kau tahu.

Bini aku ni kaki makan. Asal nampak saja benda baru, semua nak beli, nak cuba. Padahal benda itu kadang-kadang tak sedap mana pun. Tetapi disebabkan dah dia tekak biawak, aku ikutkan saja. Sampai kadang-kadang aku rasa bini aku ni tak reti nak berjimat ke?

Aku pernah rasa macam nak marah je bini aku.

“Sudah-sudahlah tu nak makan itu makan ini”

Tapi aku tak sampai hati dan aku ikutkan juga.

Aku pernah dalam dompet ada RM50 saja. Sales tengah down, duit pun cukup-cukup nak restock barang. Masa itu jugalah bini aku ajak makan di kedai mamat Thailand, nak makan siakap.

Aku dah termenung dah. Dalam dompet ada RM50 saja. Tetapi aku tak sampai hati nak cakap tak boleh, jadi aku ikutkan saja. Habis burn RM48 untuk makan. Tapi selepas habis saja makan, kau tahu apa yang terjadi?

WhatsApp aku berdesup-desup masuk send detail payment. Alhamdulillah, boleh senang hati dah. Masa itu aku tak perasan lagi.

Pernah satu hari, WhatsApp masuk bersepah-sepah. Aku dah closing habis baik dah. Tetapi macam biasa, selepas bagi harga, semua krik-krik. Menung kejap aku. Sehari tak ada sales. Padahal WhatsApp masuk bersepah-sepah.

Kemudian malam itu isteri aku cakap dia mengidam nak makan di Tapak, tempat foodtruck yang banyak-banyak tu. Masa itu aku berada di Shah Alam, aku dengan mood yang tengah down ini pun ikutkan jugalah. Asalkan bini aku seronok dan tak tarik muka.

Dalam perjalanan nak ke sana, magik berlaku lagi. WhatsApp customer yang krik-krik siang tadi terus WhatsApp minta detail nak buat pembayaran. Aku masih tak perasan lagi pada waktu ini. Aku buat seperti biasa. Tetapi memang betul dalam satu malam itu memang semua nak buat payment. Memang minggu itu dua kali aku restock.

Sampai satu hari, baru aku terbaca di wall, ada orang post,

“Isteri pembawa rezeki suami”

Selepas aku baca, barulah aku hadam apa yang terjadi selama ini.

“Abang hati tisu, rasa sebak plaq” hahaha!

Kau tak percaya kau cubalah buat. Kau cuba tak bergaduh dengan bini kau, kau cuba iye kan saja apa yang bini kau nak asalkan apa yang dia nak itu kau rasa masih waras di fikiran kau. Hahaha!

Okay, dah. Aku nak keluar. Dan dan bini lapar nak makan nasi goreng ayam. Okbai.

Sumber: Jimmy Johari

SUAMI WAJIB BACA..!! ( 2 ) URUTAN UNTUK “MENGETATKAN” SEMULA RAHIM ISTERI YANG RAMAI SUAMI TIDAK TAHU..!! SELAMAT MENCUBA!

Ni petua dan amalan dari arwah nenek seorang Tok Bidan Raja…

Petua ini selalu saya ajarkan setiap kali mengurut wanita yang lepas bersalin dan ibu2 yang daha lama bersalin(macam i ler,,anak kecik dh 5 tahun),,memang berkesan.

Beli beberapa bungkus buah manjakani(banyak jual kat pasar,,kat mydin,giant,tesco pun ada)..Rebus sebanyak 10 biji buah tersebut bersama 4 gelas air(cuci dulu buah tu yer,,adik kakak)

masak hingga air menjadi warna seperti air teh,,dan air menjadi 2 gelas air(dari 4 gelas tadi,,berkurangan menjadi 2 gelas air)

setelah manjakani itu telah lembut..ambil, dan lenyekkan buah tersebut (guna sudu pun boleh,boleh juga gentel kecik2,seperti jamu dan telan,,tapi kena minum air yang banyak la jawabnya sbb manjakani ni boleh buatkan sembelit)

tapis air yang keluar dari buah tersebut(air pekat),,air pekat itu dicampurkan sekali dalam air rebusan tadi,,buang esktrak buah yg telah dilenyekkan tadi.

Bacakan Al-Fatehah sebanyak 33 x dan tiup selama 10 saat pada air tersebut.Minum secawan air tersebut,dimulai dengan Bismillah dan selawat 1x.Niatkan dalam hati.lebihan air rebusan tadi digunakan untuk mencuci alat sulit.

Amalan minum adalah seminggu sekali,,tetapi untuk cucian tempat sulit boleh dibuat setiap hari. Jika merebus manjakani untuk membuat cucian tempat sulit sahaja..

sukatan adalah seperti di atas,,cuma dibacakan Al-Fatehah sekali n Bismillah 11 x pada air rebusan serta niat dalam hati,kemudain hembus,,air cucian boleh disimpan dalam peti ais,,tapi tak boleh melebihi 3 hari(kang ada yg gatal2,,saya tak campur,,jgn dakwa i…)

Insyaallah,,otot2 organ peranakan akan menjadi ketat,,dan suami makin sayang.Satu lagi petua ialah senaman kemutan(banyak pelacur tahu amalan ini dalam usaha menambat palanggan,sedangkan kaedah ini telah nenek moyang kita amalkan sejak zaman dulu kala)..

Senaman kemutan adalah seperti kita mengemut semasa menahan diri untuk membuang air besar dan air kecil..Buat senaman ini,,tahan selama 10 saat sebanyak 7 kali atau lebih…Insyaallah meletopsss..Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *