Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah
Mesti ramai yang masih ingat lagi dengan penyanyi era 90-an, Shima yang pernah popular dengan lagu Teringin.
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew
Sering tampil dengan rambut pendek, Shima kini sudah berhijrah dengan imej bertudung litup selepas pulang mengerjakan umrah akhir bulan lalu.
Tekad untuk berubah, Shima menjual semua baju seksi yang pernah dipakai olehnya ketika membuat persembahan.
“Saya menyanyi sejak berusia 19 tahun, jadi terlalu banyak baju seksi terutama ketika menyanyi di kelab malam yang masih disimpan.
“Buat apa saya menyimpan baju itu, sedangkan saya sudah berubah imej bertudung. Selain memenuhi ruang almari, ia pun tidak muat untuk dipakai lagi,” katanya kepada BH Online.
Shima yang memiliki sembilan album itu berkata, almarinya dikosongkan beberapa hari selepas pulang ke tanah air.
“Bukannya mahu membuang kenangan baju itu, tetapi biarlah memori itu tersemat dalam hati saja. Daripada baju itu buruk dan hanya tersangkut dalam almari, lebih baik saya jual dan sedekah… Semoga ada pahala untuk saya,” ujarnya lagi.
SUMBER : BH ONLINE