Biarpun Bergelar Pelajar Pondok, Pemuda ini Berjaya Buka Restoran Sendiri di Usia 22 Tahun, Kongsi 6 Perkara Yang Perlu Dipegang Untuk Berjaya

Join Telegram Taman Ilmu Di Bawah

Telegram

Siapa kata pelajar pondok tidak boleh berjaya dalam bidang perniagaan? Malah, kejayaan yang dikecapi oleh bekas pelajar pondok, Muhammad Nur Aiman Basuni, sekaligus menangkis pandangan sinis sesetengah pihak yang negatif.

Join Group Koleksi Kata Hikmah
Kami Sokong Ustaz Ebit Lew

Di usia semuda 24 tahun, Aiman telah membuktikan sesiapa pun boleh berjaya sekiranya benar-benar mempunyai keinginan biarpun tidak mempunyai pelajaran yang tinggi.

Hasil penat lelah usaha ditambah dengan minat, Aiman berjaya membuka restoran Bason yang kini beroperasi dengan kukuh di Seksyen 9, Shah Alam.

Merungkai susur galur kejayaan dalam hidup Aiman, semuanya bermula apabila dia dihantar mendalami ilmu agama seawal usia 14 tahun lagi.

Aiman meluangkan masa selama lapan tahun untuk mendalami ilmu agama.

Namun, ada rakan-rakan yang memandang sinis dengan beranggapan seseorang itu tidak akan berjaya jika bukan lepasan universiti.

“Saya tercabar dengan kata-kata itu. Saya nekad untuk membuktikan bahawa kata-kata mereka silap,” kata Aiman sebagaimana lapor Sinar Online.

Tamat sahaja persekolahan pondok, Aiman bertekad untuk mengambil peperiksaan SPM dan hasilnya, beliau memperoleh 5A.

Bagaimanapun, Aiman terpaksa melupakan hasrat menyambung pelajaran kerana mahu membantu keluarganya dalam bisnes.

“Saya mendapat keputusan 5A dan berhajat untuk menyambung pelajaran tetapi saya melupakan hasrat itu kerana mahu membantu keluarga mengusahakan restoran berkonsepkan makanan kampung,” katanya.

Bermula daripada situ katanya, dia berusaha mendalami sebaik mungkin ilmu perniagaan sebelum memiliki premis sendiri iaitu restoran Bason pada usia 22 tahun.

Setelah pelbagai asam garam yang ditempuh, Bason kini sudah gah beroperasi dengan rekod lebih 1,000 pelanggan setiap hari.

Hari ini, Bason terkenal sebagai sebuah restoran yang menyediakan pelbagai makanan lain dari yang lain dengan menu-menu yang unik.

Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau

Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau

Antara menu yang ditawarkan restoran Bason. Foto: Instagram basonbyserikeningau

Selain itu, Aiman juga turut berkongsi enam perkara yang perlu dipegang oleh seseorang untuk terus berjaya iaitu doa, impian, jangan berputus asa, jangan berada di zon selesa, ilmu dan juga tindakan.

“Untuk sentiasa menjadi yang terbaik, jangan sesekali mudah berasa selesa. Kunci kejayaan adalah jangan sesekali merasa diri itu sudah menggapai kejayaan.” kata Aiman.

Ketika mengulas tentang ilmu, Aiman berkata: “Perkara paling penting adalah ilmu. Yang membezakan awak dengan orang sebelah awak adalah ilmu.”

Sumber: Siakap Keli
Wallahu a’lam.

 

TAZKIRAH HARI INI

Semoga kita tidak menjadikan hujung ibu jari kita yang lembut itu sebagai pengakibat yang akan menyebabkan seluruh anggota tubuh kita yang lain menanggung azab sengsara di Neraka akibat perbuatan memfitnah, mengumpat, mengaib, mengajarkan sesuatu yang batil, mengungkap kata-kata yang kotor, menyebarkan cerita-cerita yang tidak sahih, serta menyebarkan hadith-hadith palsu.

~ ISTIQOMAH ZIKIR PAGI

fb Ustaz Muhamad Rizal Johari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *